Merosakkan telinga bila lagu serupa lagu justin bieber boyfriendss tu berkumandang dengan megahnya di radio. Tepat, aku mungkin akan menyukai lagu itu kemudian hari. Ya, sama macam apa yang berlaku pada julai hari itu.
Aku tak suka dia! okay hari ini aku amat menyukai dia.
Pada dasarnya naluri ingin rapat itu wujud secara suka suka. Mungkin secara natural. Juga barangkali sudah ditetapkan. Hendak mengelak, aku manusia biasa bukan.
Bagaimanapun, ada satu situasi yang kurang menyenangkan aku. Rasanya ada yang tahu mengenai hal yang membabitkan hati dan perasaan aku ini. Dia tak rapat dengan aku apatah lagi dengan dia. Mungkin dia berusaha menjadikan aku scandel dia dan aku menolak secara mentah mentah. Kasihan anda.
Sekurang kurangnya aku bukan gadis yang suka membuat scandel dengan mana mana lelaki tanpa tahu lelaki itu siapa. Itu bukan aku. Sememangnya ketika itu aku mahukan sesuatu yang rare. Anda patut faham apa yang aku cuba sampaikan.
Macam mana sekalipun, dia dan engkau bukan masa hadapan aku. Mungkin Allah hanya pinjamkan kalian berdua untuk seketika. Mengisi kekosongan aku. Allah itu maha adil. :)
Aku harapkan 2013 adalah lebih baik