Aku disarankan melalui jalan yang berduri dari jalan yang rata dan licin. Mulanya aku rasa tertanya-tanya kenapa aku perlu gadaikan nyawa aku sedangkan aku masih ada peluang lain. Tengok diri sendiri, bagaikan telur di hujung tanduk. Sumpah, sekarang ini aku inginkan jalan yang senang, mudah, pantas dan tidak menyakitkan aku.

Rupanya, dibalik kesakitan itu akhirnya nanti kebahagian akan muncul. Tuhan bukan tidak adil tapi dia mahu mengajar hambanya tentang kesusahan. Aku pegang prinsip itu kejap dan kuat. Aku bukan manusia yang selalu salahkan Tuhan jika aku sedang berduka. Ceramahkan diri dengan jitu mungkin menjadi dan mungkin tidak. Syaitan itu Dajal dan mereka Iblis, mereka senang menjatuhkan aku.