Sepatutnya aku tak menyalahkan orang sekeliling aku. Ombak dekat pantai itu macam pembunuh, silap hari bulan beribu manusia mati kerana dia. Bukan aku nak cerita pasal ombak tetapi perihal diri yang semakin lama semakin prejudis. Tengok burung, bebas terbang. Tapi sekali tembak, dia tidak akan bebas malah terus jauh menjunam ke tanah. Cuba tolong faham apa yang ingin aku maksudkan.
Persoalan aku hari-hari, sampai bila aku begini. Melewati masa dengan dunia yang sudah semakin uzur. Digempar-gemburkan dengan kiamat sudah dekat. Yes, aku patut lakukan. Rasanya tak susah tapi syaitan yang menyuruh aku menyusahkan diri. Benteng pertahanan diri aku lemah, tolonglah aku